
Kad merah!
Demam Piala Dunia!
Salam untuk semua…
Seperti yang telah semua tahu,Piala dunia akan berlangsung bulan depan.
Sudah tentunya peminat bola sepak seluruh dunia sudah tidak sabar lagi menunggu
wisel pertama dibunyikan.Mungkin juga ada yang dah tempah cuti sebulan untuk
mononton semua perlawanan tanpa gangguan.Yang kaya raya sudah semestinya
akan ke afrika selatan untuk menonton di depan mata.Saya hanya menonton tv
buruk saya,cukuplah…
Ok lah,sepanjang musim bola ini..
Inyaallah saya akan melukis komik strip tentang bola sepak untuk kita kongsi
bersama..Jangan risau…Anda tidak perlu membayar kepada saya.saya akan
siarkan percuma untuk pelawat blog ini..Doakanlah saya sihat dan tidak kekeringan
idea..Tentunya yang terbaik untuk semua…
Ok lah,bercakap tentang percuma…
Disini ada 13 ebook percuma untuk semua…
Klik dibawah:
Salam piala dunia..
Vandoel

Salam Perkenalan Dari Vandoel
Salam perkenalan..
Saya vandoel,pemilik blog ini..Melalui blog ini,
saya berhasrat berkongsi pengalaman hidup saya bersama
semua pelawat blog ini.Termasuklah apa yang saya lihat dan
lalui setiap hari.Oleh kerana saya tidak begitu handal menulis
artikel,saya akan visualkan melalui komik strip.
Adakah anda meminati komik strip?
Sedar atau tidak,ramai diantara kita memulakan hari dengan membaca
komik strip.Maksud saya,ketika kita bersarapan pagi sambil membaca
akhbar setiap hari,sudah pastinya kita tidak ketinggalan membaca
komik strip yang tersiar di akhbar harian.Ada juga yang terus membaca
komik dahulu daripada muka depan akhbar itu sendiri seperti saya hehehe..
Untuk pengetahuan anda,saya juga pernah berkarya di akhbar tabloid
harian seperti metro dan kosmo suatu masa dahulu.Buat masa sekarang,
saya akan terbitkan karya-karya terbaru saya di blog ini.Inyaallah saya
akan hasilkan komik strip terbaru setiap hari atau setiap 2 hari sekali.
Harapan saya,rajin-rajinkan lah diri untuk singgah ke blog ini untuk
menjamah komik strip terbaru saya setiap hari.Saya akan cuba sediakan
yang terbaik untuk anda.
Yang sedang melukis,
Vandoel
Di sini saya siarkan komik strip pengenalan…





